moonlight shadow

Sabtu, 5 Mei 2012

SIRATAN MAKANAN

Pengeluar, pengguna, dan pengurai

  1. Pengeluar ialah semua tumbuhan hijau yang dapat membuat makanan sendiri dengan menjalankan proses fotosintesis.
  2. Pengguna ialah haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan yang lain.
  3. Pengurai ialah organisma yang mengurai organisma mati (haiwan atau tumbuhan) menjadi bahan-bahan yang ringkas. Contoh pengurai ialah bakteria dan kulat.
  4. Matahari ialah sumber tenaga bagi semua hidupan dalam rantai makanan.

Rantai Makanan
  1. Rantai makanan adalah suatu aliran tenaga dalam bentuk makanan yang disalurkan daripada tumbuhan kepada haiwan.
  2. Satu rantai makanan mempunyai beberapa organisma yang saling bersandaran antara satu sama lain.
  3. Semua organisma dalam rantai makanan yang mati akan diurai oleh pengurai seperti bakteria dan kulat kepada bahan mineral yang ringkas.
pengeluar
  • Tumbuhan hiajau ialah pengeluar.
        
pengguna primer
  • Pengguna primer merupakan haiwan yang herbivor yang memakan tumbuhan saja.

pengguna sekunder
  • Pengguna sekunder merupakan haiwan karnivor 
yang memakan pengguna primer.

pengguna tertier
  • Pengguna tertier merupakan haiwan karnivor
yang memakan pengguna sekunder.


   Siratan makanana
  1.  Satu siratan (jaringan) makanan terdiri daripada gabungan beberapa rantai makanan.
  2. Organisma-organisma dalam siratan makanan saling bersandaran antara satu sama lain.
  3. Seperti dalam rantai makanan, pengurai mengurai semua organisma yang mati dalam siratan makanan.
Rajah 1 Satu contoh siratan makanan




            













Khamis, 3 Mei 2012

Bab4 : Saling Bersandaran Antara Organisasi Hidup Dengan Persekitaran

Spesies 
  1. Spesies ialah satu kumpulan organisma yang sama.
  2. Mereka mempunyai rupa bentuk dan struktur yang sama serta dapat saling membiak.
  3. Monyet, tikus, kucing, dan gajah adalah contoh-contoh spesies organisma. 


 Habitat
  1. Habitat  ialah tempat hidup semula jadi bagi tumbuhan dan haiwan.
  2. Habitat menyediakan udara, makanan, perlindungan, dan tempat pembiakan bagi organisma.                                                                                               
Tumbuhan
Habitat
Pokok kelapa
Tepi pantai
Pokok teratai     
  Kolam
Pokok durian
Kebun
Pokok kaktus
Gurun
Kulat terupai
Pokok
Jadual 1 Contoh-contoh tumbuhan dan habitatnya                                                                      

Haiwan
Habitat
Ular
Belukar
Anai-anai
Kayu
Ikan yu
Laut
Buaya
Sungai
Gonggak
Tanah
Jadual 2 Contoh-contoh haiwan dan habitatnya 





     Populasi
  1. Populasi ialah sekumpulan organisma yang sama spesies yang hidup bersama-sama dan membiak dalam satu habitat. 
  2. Sebagai contohnya,
  • populasi monyet di atas pokok 
  • populasi singa di padang rumput   




     Komuniti
  1. Komuniti terdiri daripada beberapa jenis populasi dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dan saling mempengaruhi serta saling berinteraksi di dalam satu habitat.
  2. Sebagai contoh,
  • komuniti kolam terdiri daripada populasi ikan, tumbuhan, berudu, dan serangga yang saling bersandaran antara satu sama lain.
  • komuniti padang rumput terdiri daripada populasi haiwan herbivor dan karnivor, pokok, dan rumput yang saling bersandaran antara satu sama lain.




     Ekosistem
  1. Ekosistem terdiri daripada beberapa komuniti yang saling bersandaran dan berinteraksi antara satu sama lain dan dengan persekitaran fizikalnya (benda bukan hidup seperti air, udara, tanah, cahaya, dan garam mineral).
  2. Sebagai contohnya,
  • ekosistem kolam
  • ekosistem hutan hujan tropika 


spesies 
populasi

komuniti
ekosistem
                                    
     Rajah 1 Organisasi hidupan daripada peringkat spesies ke ekosistem.